Nama
asal Taman Sri Muda ialah Merton Estate yang terletak di Lot 28, Makim Kelang. Taman
Sri Muda seluas 58475 hektar. Penduduk asalnya adalah orang India kerana
kebanyakan bekerja sebagai penoreh getah. Pada awalnya, Taman Sri Muda adalah
sebidang tanah yang luas. Ladang ini terbahagi kepada ladang getah dan ladang
kelapa sawit yang dimiliki oleh Syarikat Sri Alam Sdn.Bhd untuk dibangunkan dan
dimajukan.
Selepas kawasan
ini dijual kepada
Syarikat Mewacres
Sdn.Bhd, pelbagai projek pembangunan dijalankan. Projek
pembangunan tersebut bermula pada 17 Februari 1982 dan diarahkan oleh Encik
Whoo Whai Yoon. Projek ini mengambil masa selama setahun. Taman Sri Muda dibuka pada tahun 1983 dan dirasmikan oleh
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Haji Muhammad bin Haji Muhammad Taib. Taman Sri
Muda telah berkembang maju dari tahun 1983 hingga ke hari ini. Semakin banyak
rumah teres dan rumah pangsa untuk menampung penduduk Taman Sri Muda. Taman Sri
Muda dipercayai menjadi kawasan petempatan yang maju dan terkenal pada masa
akan datang.
Taman Sri
Muda terletak di arah barat daya dari pusat Bandar iaitu Shah Alam dalam daerah
Petaling. Taman Sri Muda terletak berhampiran Seksyen 13 dan Kampung Jawa.
Taman Sri Muda mempunyai penduduk yang berbilang kaum seperti India, Cina,
Melayu dan sebagainya. Kebanyakan penduduk di sini bekerja sebagai pekarja
kilang, peniaga, buruh binaan, pekerja sektor swasta, pekerja sektor kerajaan
dan lain-lain lagi.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSuperb
ReplyDeleteSuperb
ReplyDeleteTaman ni banjir besar pada 18 Disember 2021.
ReplyDelete