Thursday, 28 November 2013

Kenalilah Taman Sri Muda...

Nama asal Taman Sri Muda ialah Merton Estate yang terletak di Lot 28, Makim Kelang. Taman Sri Muda seluas 58475 hektar. Penduduk asalnya adalah orang India kerana kebanyakan bekerja sebagai penoreh getah. Pada awalnya, Taman Sri Muda adalah sebidang tanah yang luas. Ladang ini terbahagi kepada ladang getah dan ladang kelapa sawit yang dimiliki oleh Syarikat Sri Alam Sdn.Bhd untuk dibangunkan dan dimajukan.          
 Selepas   kawasan   ini   dijual   kepada   Syarikat   Mewacres   Sdn.Bhd,   pelbagai   projek pembangunan dijalankan. Projek pembangunan tersebut bermula pada 17 Februari 1982 dan diarahkan oleh Encik Whoo Whai Yoon. Projek ini mengambil masa selama setahun. Taman Sri Muda  dibuka pada tahun 1983 dan dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Haji Muhammad bin Haji Muhammad Taib. Taman Sri Muda telah berkembang maju dari tahun 1983 hingga ke hari ini. Semakin banyak rumah teres dan rumah pangsa untuk menampung penduduk Taman Sri Muda. Taman Sri Muda dipercayai menjadi kawasan petempatan yang maju dan terkenal pada masa akan datang.     

 Taman Sri Muda terletak di arah barat daya dari pusat Bandar iaitu Shah Alam dalam daerah Petaling. Taman Sri Muda terletak berhampiran Seksyen 13 dan Kampung Jawa. Taman Sri Muda mempunyai penduduk yang berbilang kaum seperti India, Cina, Melayu dan sebagainya. Kebanyakan penduduk di sini bekerja sebagai pekarja kilang, peniaga, buruh binaan, pekerja sektor swasta, pekerja sektor kerajaan dan lain-lain lagi.

4 comments: